BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 24 October 2011

Tajuk: Pembelajaran Kata Nama Bagi Tahun Empat


Kata Nama

Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Lazimnya perkataan demikian dinamakan:

1. Orang
2. Tempat
3. Benda
4. Haiwan



Orang

Tempat


Benda


Haiwan
                                
Golongan Kata Nama

Golongan Kata Nama dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu:

              1) Kata Nama Khas

              2) Kata Nama Am

              3) Kata Ganti Nama

Kata Nama Khas

Kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Kata nama khas dibahagikan kepada dua iaitu:

                            i)   manusia
                           ii)  bukan manusia.



manusia


bukan manusia

Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia

Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya. Contohnya:

1. Si Belang
2. Pokok



Si Belang

Pokok


Kata Nama Khas Hidup Manusia

Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk manusia. Contohnya seperti:

            i)   Siti Nurhaliza
            ii)  George Bush



Siti Nurhaliza

George Bush



Kata Nama Khas Tidak Hidup

Merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup. Misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan seumpamanya. Contohnya:

i) Melayu 
ii) Perodua Myvi

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya.

Kata Nama Am Hidup Manusia

Merupakan perkataan yang merujuk kepada manusia iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Contoh:

            I)   Guru
            II)  Ibu



Guru

Ibu

Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia

Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contohnya:

            I)   malaikat
            II)  gajah

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.

Kata ganti nama

i) Kata ganti nama tunjuk  -diri tanya

ii) Kata ganti nama diri- diri orang
                                       i) pertama
                                       ii) kedua
                                      iii) ketiga

Kata Ganti Nama Tunjuk

Merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menujukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.
Contohnya:
                    i) ini
                   ii) itu

Kata Ganti Nama diri

Terbahagi kepada dua golongan iaitu:

        i)  Kata ganti nama diri tanya, contohnya ialah  apa, mana, siapa.
    ii) Kata ganti nama diri orang, contohnya ialah saya, anda, dia, engkau


Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya dapatlah dibuat bahawa kata nama ialah golongan kata yang boleh menjadi unsur bagi binaan frasa nama yang lazimnya menamakan orang tempat benda atau konsep. Golongan kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.






0 comments: